Tuesday, February 23, 2010

Senarai Guru Besar SABP

Sejarah Penubuhan Sekolah Agama Bandar Pontian




Sekolah Agama Bandar Pontian merupakan sekolah agama yang pertama di daerah Pontian yang mempunyai bangunan sekolah sendiri. Pada peringkat awal, sekolah ini di tumpangkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian dan Bangunan UMNO yang terletak di Jalan UMNO, Pontian. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1958.

Pada 1981, bangunan Sekolah Agama Bandar Pontian telah didirikan di atas sebidang tanah wakaf yang terletak di Jalan Sekolah Arab, Parit Mesjid, Pontian bersebelahan dengan Sekolah Arab Bandar Pontian (kini Maahad Pontian). Bangunan sekolah ini mula dibuka pada 1983 untuk sesi pembelajaran. Guru Besar ketika itu adalah Tn Hj Abd Rahman B Abd Hamid (Petang) dan Tn Hj Rahmat Bin Hj Ahmad (Pagi).

Pada awal penubuhan sekolah ini, jumlah murid ketika itu seramai 850 orang. Sekolah ini dijalankan 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang dan telah dikategorikan sebagai salah sebuah sekolah gred A.


Sekalung budi diucapkan kepada Guru Besar dan guru-guru Sekolah Agama Bandar Pontian yang telah banyak memberikan kerjasama yang erat selama ini bersama mencurahkan segala idea dan tenaga dalam membangunkan dan mengharumkan nama Sekolah Agama Bandar Pontian.

Nasyid.FM

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP